Masa mendaftar MASUK adalah pada pukul 3:00 Petang dan masa mendaftar
KELUAR adalah pada pukul 12:00 Tengahari. (Boleh check-in awal & Boleh
check-out lewat tetapi bergantung kepada tempahan semasa dan juga
persetujuan kami (tuan rumah).
DILARANG membawa keluar segala kelengkapan dan peralatan yang terdapat di dalam homestay tanpa kebenaran pihak kami.
DILARANG membawa makanan dan minuman yang TIDAK HALAL ke dalam homestay.
DILARANG menggunakan homestay ini untuk kegiatan haram dan tidak bermoral.
Kunci homestay yang HILANG akan dikenakan bayaran denda sebanyak RM100.00.
Jika
terdapat sebarang kerosakkan (kelengkapan/peralatan rumah) berlaku, pihak kami berhak menuntut bayaran GANTI RUGI atau melaporkan kecurian
kepada pihak polis.
SILA pastikan semua pintu dan tingkap dikunci/ditutup semasa anda tidur atau keluar.
DILARANG membuat kunci pendua tanpa pengetahuan/kebenaran pihak kami.
SILA buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
DILARANG MEROKOK di dalam rumah bagi tujuan keselamatan bersama.
DILARANG membawa masuk binatang peliharaan.
TIDAK DIBENARKAN membuat bising sehingga boleh menganggu ketenteraman jiran-jiran yang berdekatan.
DILARANG memaku, menconteng atau mengubah suai dinding di dalam atau di luar homestay.
PASTIKAN semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda mendaftar keluar.
PASTIKAN semua suis termasuk kipas, penghawa dingin dan lampu ditutup setiap
kali apabila keluar meninggalkan homestay untuk menggelakkan perkara
yang tidak diingini berlaku.
SEGALA kehilangan barangan peribadi, kemalangan dan keselamatan tetamu
adalah di bawah pengawasan dan tanggungjawab tetamu sendiri. Pemilik
homestay tidak akan bertanggungjawab di atas segala kelalaian pihak
tetamu.
JIKA ingin membuat tempahan, boleh membuat bayaran deposit RM200 untuk 1 malam.
Baki bayaran penginapan hendaklah dijelaskan semasa kunci diberi atau check-in. Wang deposit tersebut akan dipulangkan semula dalam 3 hari bekerja jika tiada sebarang kerosakan yang berlaku.
Akaun CIMB: 7615951487 (Muhammad Khairi)
PERHATIAN!!! DEPOSIT YANG TELAH DIBERI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN JIKA ANDA MEMBUAT PEMBATALAN TEMPAHAN....